ads

Pages

I love dessert

I love dessert

Archive

Wednesday, December 17, 2014

Siapa suka marah anak? Marah lagi... yok yok...


123tagged.Com
Salam semua...aku suka mencari-cari tips keibubapaan yang boleh dimanfaatkan. Memang mencabar jadi parent in this modern life. Mak aku selalu cakap..
 "kome dulu-dulu maroh sekali dah dengor budok sekarang ni lain macam".. haha mak aku orang Perak ye..
In my situation, dengan 2 orang toddler and 1 baby and another baby in my tummy memang agak mencabar hari-hari aku dengan urusan rumah lagi. Kadang-kadang bila dah penat mahu tak meletup.. haha susah betul nak cari sabar tu. 
So ini ada sharing dari Ibu Rose yang aku amik dari facebook page beliau.
TERLALU BANYAK DIMARAH DAN DIBENCI...APA KESANNYA PADA ANAK....

Ibu ditanya oleh seorang ibu yang berhajat untuk mendidik anak sulungnya menjadi matang cepat dan independent serta boleh menjadi contoh kepada adik-adik. Katanya, dia sering marah-marah anaknya itu dan menggunakan pendekatan garang senantiasa dengan anak.

Dia juga sering benci kepada anaknya kerana anak itu sering tidak mahu mengik
ut cakapnya.

Ibu bersyukur kerana ibu muda ini berani bertanya dan meminta pertolongan. Ramai orang bila tahu melakukan kesalahan terus tenggelam di dalamnya. Namun, ibu muda ini berjaya mengatasi rasa malu bertanya.

Untuk pelajaran kita bersama, Ibu kongsikan jawapan Ibu kepadanya.
Jika anda rasakan baik, LIKE & SHARE dengan kawan-kawan dan mereka yang anda kasihi dalam rangka kita meningkatkan kualiti keibubapaan kita bersama dan dapat membina A LOVE WORLD.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sayang, dari mana sayang mendapat kefahaman bahawa dengan garang sayang boleh membina kematangan anak dengan cepat dan anak menjadi independent?

Ketahuilah bila sayang marah-marah dan kasar dengan dia, anak itu akan menjadi degil dan mungkin akan menjadi hilang keyakinan diri, oleh itu menjadi dependent dan bukan independent.

Bila sesaorang itu sering dimarah, dari segi otak, tenaganya banyak berpusat di bahagian otak paling bawah dimana BUKAN merupakan bahagian 'otak berfikir'. Bahagian bawah atau otak reptilian nama gelarannya, (Ibu sudah pernah menulis mengenai perkara ini) menjaga keselamatan.

Bila dimarah selalu, anak merasakan keselamatannya terancam. Respons yang diberi ialah 'lari' atau 'lawan'. Lari di sini bermaksud dalam diri anak itu ialah dia menjadi penakut, tiada keyakinan diri, asyik memencil diri, tidak pandai berkawan, ragu terhadap kebolehannya dsb. Lawan di sini, membawa kepada perangai DEGIL, tantrum, campak itu dan ini, sepak itu dan ini dsbnya.

Anak yang menjadi independent adalah anak yang mempunyai hormat diri yang tinggi. Untuk mempunyai hormat diri yang tinggi, anak perlu mempunyai kekukuhan kasih-sayang dari ibu dan bapanya.

Kekukuhan kasih-sayang di sini bukan bermaksud anak itu tidak boleh dimarah langsung. Boleh marah dengan cara yang berhemah dan tidak menunjukkan benci atau berasa benci kepadanya. Tunjukkan marah dan benci akan perbuatan yang salah itu. Ada perbezaan di situ.

Kita mesti ingat, ada perbezaan marah dan marah-marah. Marah sekali sekala untuk mendisiplin dan membentuk perangai anak, itu tidak mengapa. Garang bertempat dan garang kasih, itu maksudnya loving and firm. Itu okay.

Jika ibu itu benci pada anaknya, jangan hairan suatu hari nanti bila ibu itu sudah tua atau dan anak sudah remaja, dia pula akan benci pada ibunya. If you continue this way of parenting you are moving towards a destruction in your relationship with your child.

Ambillah langkah membetulkan corak parenting anda dan berusahalah. Mungkin akan payah, namun jika dibuat dengan ikhlas, ganjaran baik akan puan raih InsyaAllah.

Salam Kasih, Ibu Rose.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...