ads

Pages

I love dessert

I love dessert

Archive

Friday, June 13, 2014

Sabar separuh dari iman


123tagged.Com

What a feeling now?? Ok macam ni.. Orang cakap nak tahu sejauh mana kesabaran kita cuba stay dengan budak-budak then you know which is your 'limit kesabaran'.


Nampak tak 3 orang budak dalam gambar di atas?? Sulong 4 years old, 2nd 3 years old and the 2nd boy 1 year old. Bayangkan bila duduk dengan mereka yang bijak dan banyak akal ini... rasanya berapa limit kesabaran saya?? It was over the limit...hahaha

Menurut Prof. Dr. Rozieta Shaary budak-budak kena dididik penuh kasih sayang. Mereka tidak boleh dimarah tapi kita boleh menunjukkan contoh dalam mendidik mereka. Memang berada among this kids all day 24/7 is a bless give that not every mother can get. Saya sangat bersyukur sebab diberi rezeki oleh Allah untuk membesarkan mereka sepenuh masa. 

Ya, jujur saya pun marah-marah and not every single thing saya sangat sabar. Kalau they throw thier tantrum at the same time. haaaaaa masa tu my hormone control everything and not my mind. This happened normally when their father is not around. Sigh...it is not easy to handle. I do a lot of reading just to improve my emotion in handling my kids. I love them so much, I don't want because of my marah-marah they try to hate me when they grown up. 

I want to share 1 of the parent situation and the answer for the situation.

Soalan:
As salam prof... maaaf menganggu... sy ibu dua org ank lelaki usia 4thn dn 2thn... prof sy ingin penjelasan dr prof utk menangani kerenah ank lelaki saya.. kenapa budak baya ini ssh mendegar kata kalau kite menegur..juga akan memukul sy balik jika kemahuan ya tidak dituruti.. kdg2 prof sy jadi hilang sabar dn memukul mereka kerangeram.. tp sy ada baca jika kita lg pukul mereka lg mereka jadi degil..
Betul ke prof? Apa cara yg patut sy lakukan?

Jawapan:

Kita ni manusia, jika anak berperagai buruk, memang mudah kita hilang sabar. Oleh itu bilanglah berapa banyak anda boleh bersabar dan hargailah diri anda yang sedang berusaha belajar bersabar. Ini sangat penting dalam meraih sabar yang besar.

Ada beza anak yang mengamuk pada usia 2 tahun dan yang mengamuk pada usia 4 tahun. Budak pada usia 2 tahun sememangnya akan lebih kuat mengamuk jika kehendaknya tidak diikuti. Ini adalah pada usia ini dia mula cuba untuk ekspres dirinya dan uji sejauh mana dia boleh mempunyai kuasa kepada ibu atau bapanya.Tantrum ini juga berlaku kerana ketidakbolehan anak mengawal kekecewaan yang mereka rasa di dalam diri mereka. Juga kerana kurangnya mereka diberi outlet untuk mengeluarkan tenaga negatif yang tersimpan dengan bermain. Ibu sudah banyak menulis mengenai bagaimana untuk mengawal anak yang tantrum.

Jika anak anda yang sudah 4 tahun mengamuk dan memukul anda, kemungkinan besar semasa anak itu dua tahun dan dia tantrum, cara anda mengendalikan keadaan itu membuatkan radang anak itu tidak selesai.

Bila anda sama menjerit marah, maka anda sebenarnya sudah kalah di dalam power struggle itu.

Apa yang disarankan anda buat, bukanlah memujuk, tetapi dengan tegas tanpa berleter atau menjerit kepada anak itu, bangun dan lihat dia ke bawah. Ketinggian anda membuatkan anda memberi mesej anda memegang kepimpinan di situ. Beritahu, anda tidak suka dia berperangai begitu. Pegang tangan atau kakinya dan beri dia amaran dengan kasih-sayang tapi bernada tegas.

Jika dia terus memukul. Ambik dia dan bawa ke satu sudut dan nyatakan dia duduk di situ sehingga dia boleh belajar mengawal tangan atau kakinya dari memukul atau menendang anda. Tinggalkan buat seketika. Jangan pujuk, tapi bercakap baik.

Anda perlu cekal hati dan mengawal emosi anda jangan membenci dia. Dia dapat merasakannya.

Setelah reda, anda boleh bawa dia dan membasuh mukanya dan beritahu, bukan pujuk, bahawa perangainya memukul anda itu perlu berhenti. Dia perlu ikut cakap anda jika anda melarang sesuatu. Dan anda juga perlulah berpatutan dalam melarang. Janganlah semua benda pula hendak melarang. Perlu bijak menggunakan kuasa. Kerana anak belajar menggunakan kuasa dari anda.

Bila dia sudah nampak bekerjasama, ucapkan kata penghargaan kepadanya dan puji sikapnya.

Sebagai ibu bapa kita perlu memimpin dengan kasih-sayang dan tegas bukan lemas dalam pergelutan kuasa dengan anak.

Jom sama-sama try to improve ourselves in raising our children. 

Dedicated to my luvly children: Ummi luv all of u so much. 

2 comments:

  1. Ye betul tu. Kite adopt method ni mase rayyan since time ngandung dia baru byk kena attend motivasi pakar. Alhamdulillah sampai sekarang umur 6 tahun dia sangat dengar cakap, obedient dn berdikari. Rasa rugi sbb tak tau since beginning kalau tak boleh adopt method yg sma kt kakak abg dia. Dn kite boleh nmpak perbezaan child yg raised using the method is totally different with the one that doesn't.

    ReplyDelete
  2. Tu la kak deeb.. kena byk sgt bersabar..yg agak mencabar pd saya sbb bdk2 ni bertiga.. sgt menguji kesabaran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...