Dah jumpa orang yang kita suka?

Salam tengah malam.... hidup sebagai mak-mak sepenuh masa ni jarang sekali dapat waktu tidur yang betul-betul ngam.. Nak tidurkan anak, mak-mak kena buat-buat tidur...supaya anak less
adrenaline rush bila tengok mak dah sengap.. haha Masalahnya untuk aku mana ada istilah buat-buat tidur... tidurla sungguh-sungguh.. dan bila terasa cukup terjagala mata tak kira waktu...
Inspired to create this entry when last few days dalam IG fynn jamal, she posted gambar tuala basah yang tersadai atas katil dan tidak bersidai. Siapa punya tuala? Ok.. tuala suami dia..
Dia ada 2 option samada untuk membebel or else ambil, angkat dan buat diam jer. The same thing had happened to me, dulu-dulu aku membebel, hemtam dalam hati, geram... lama-lama because this keep on repeating even though dah kurang dari dulu, then I choose to just take it dan gantungkan jelah.
 |
| Gambar muda-muda dolu |
Ya dalam suatu relationship tak semua benda kita suka ada pada dia dan tak semua benda yang dia suka ada pada kita. It is not easy to adapt at the first stage, but because of love kita boleh telan semua tu dan belajar, ibarat telan ubat.. sebab nak recover and getting well kita makan juga ubat walau pun tak sedap.
Aku bukan motivator pun, cuma apa yang boleh kita share, apa salahnya kan.. benda kecil-kecil tak payah nak besarkan, Macam kes aku jumpa pun sekali sekala, memang pun ada gak terbergaduh, biasa la cinta ni pun turun naik macam iman gak (quote from fynnjamal) betul la bila masa iman tengah mencanak naik, wirid sikit punya panjang, solat sunat lagi.. bila masa datang malas doa pun setakat yang paling pendek je.
Kalau rasa nak menyampah dengan pasangan tu, cepat-cepatla bersyukur at least ada gak orang nak kahwin dengan kita, sabarla dengan perangai masing-masing because kita membesar dengan orang lain-lain dan environment lain-lain. So try to adapt to each other, yang penting dua-dua kena belajar. Jangan mengharap sebelah pihak je.
Jangan terlampau memilih sebab takde yang sempurna, jangan suka compare sebab apa yang ditetapkan untuk kita adalah yang terbaik sesuai dengan kita, jangan mudah putus asa sebab Allah ada untuk meminta, carilah kebaikan masing-masing, bergurau senda, tak puas hati bawak bincang.. jangan bincang dengan orang luar tapi bincang dengan pasangan... haaa tu yang bahaya!
Kutukla kow-kow pun janji pastu minta maaf (kena make sure pasangan bukan jenis cepat terasa..haha). Untuk isteri ingatla syurga bawah tapak kaki suami... untuk suami, carila ilmu bimbingla keluarga supaya engkau nampak hebat dimata Allah.
Carilah cinta yang halal dan bercintala sehingga jannah!
No comments:
Post a Comment