ads

Pages

I love dessert

I love dessert

Archive

Wednesday, November 5, 2014

Angan-angan vs reality


123tagged.Com

Pernah terfikir tak apa yang berlaku hari ini adalah seperti yang dirancang sejak dari kecil lagi? Apa yang pernah diangan-angankan sejak bangku sekolah adalah apa dan siapa anda pada hari ini. For me, this is not according to what I've been imagine during my childhood. Yer, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.

Masa budak-budak dulu tak terfikirpun yang aku akan jadi surirumah. Apa yang dibayangkan adalah aku menjadi seorang yang berkerjaya, bergaya dan berjaya. hahaha camner tu? Yang aku ingat lagi la, dulu berangan nak buka butik sebab dari kecil suka menjahit. Jahit beg sendiri, jahit baju kelawar sendiri, jahit pelapik kerusi malas arwah abah dan macam-macamla lagi. Kiranya bila cuti sekolah je rajin sangat la pergi kedai kain, cari  kain ela dan pergi kedai Bong Bing kat pekan Kuala Kangsar sebab nak beli benang macam-macam color, beli manikla, jahit tepi kain la macam-macam la. 

Masa dulu bila cuti sekolah tak sibuk pun nak berjalan, sebab aktiviti sendiri pun dah banyak. Aku suka berkebun jugak jadinya bila cuti sekolah pi cari benih bendi, cili, kacang botor. By the time cuti habis pokok dah agak besar tinggal nak maintain untuk tunggu hasil. 

Cita-cita berubah dari nak buka butik kepada nak jadi DOKTOR masa aku form 4 sebab aku dapat masuk kelas pure science. Disebabkan cikgu biology tu garang, bila dia tanya cita-cita tapi jawapan tak sealiran dengan kelas yang kita belajar jawabnya kena jegal biji mata. So sebab takut punya pasal aku pun laju jawab aku nak jadi doktor. hahaha 

Dari situla cita-cita nak jadi doktor bermula, dan kebetulan aku pun minat biology so macam angan-angan tu akan jadi kenyataan la kononnya. Habis form 5, dapat plak masuk matrik batch 'tikus putih' sebab kami dipilih bukan dari result SPM tapi dari result IQ test yang kementerian buat. Dapat aliran pure science, masa kat matriks result biology pun bagus gak. Tapi bila apply university programme engineering yang di offer kat aku.

Mula-mula memang tak berapa nak redha sebab tak minat kan. Jadinya minta tukar course ke dentistry, pun tak dapat. So redha la belajar Manufacturing Engineering for 4 years. Kerja la aku sebagai Design Engineer for 8 years. Haaa kau dari nak buka butik, ke doktor end up jadi engineer.

Alhamdulillah, Allah tu sebaik-baik perancang aku jumpa jodoh masa belajar engineerignla pun. Tak sangka pulak. Jodoh panjang dan kami kawin, dapat anak tiap-tiap tahun then sebab desakan hidup sekarang yang makin mencabar, aku decided to quit and jadi suri rumah berjaya. Takda ku sangka begini jadinya...huhuhu

During my 2nd pregnancy aku sambung master, konon-kononnya nanti nak move to education line tapi master tinggal kenangan sebab tak dapat nak cope kena kerja, buat thesis and pregnant anak ke-3. So aku korbankan master, padahal tinggal thesis je lagi yang belom complete. Aku regret gak la tapi aku redha.

So setakat hidup aku hari ini, every single thing is not according to my plan. It's Allah plan and I do follow the flow with a big heart because I know He knows better, I do pray for my future endeavor to be what I've been planned but if it is still not accordingly I do have to get ready to what is the best for me that have been planned by Him.

Kita selalu melihat seronoknya kehidupan oirang lain sampai kita terlupa hidup kita juga best in our own way. 

Gambar ihsan encik somi dapat naik mount kinabalu



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...