ads

Pages

I love dessert

I love dessert

Archive

Sunday, December 28, 2014

Pada zaman dahulu


123tagged.Com
Assalamualaikum
Bila cakap pasal anak, perangai anak, macam-macam ada. Aku pun anak mak aku.. mak dulu cakap aku ni degil..bahaha so jangan nak marah kalo anak ko degil.. what goes around, come around..
Susah nak jadi mak ni.. baru aku tahu kenapa dulu mak garang.. sebab dia nak anak dia jadi 'orang'. Aku dibesarkan di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Hari-hari main bendang, main bola, tuju kasut, sorok-sorok macam-macam lagi la. Bila cuti tak lekat kat umah.. ada je benda nak dibuat main.
Bila mak panggil suruh pi kedai..muncung aku boleh buat gantung cerek. hahah sebab tengah syiok main, mak kacau line suruh pi kedai plak kan...
Cuti sekolah tak pernah pun bercuti-cuti Malaysia.. tak tahu pun erti pergi bercuti. Cuti sekolah maksudnya.. playtime. Sebab tu sel-sel otak sentiasa bersambung kot... hahah Petang mandi tali air, takut kena gigit kutu babi.. tapi sampai sekarang aku tak kenal pun kutu babi sebenarnya.
Syarat yang mak abah aku tetapkan mesti balik mandi sebelum 6.30 petang. Masa tu arwah abah dah tunggu kat tangga depan bilik air. Takut betul kalo terbalik lambat.. padahal arwah abah tak marah pun. Tapi respect punya pasal, tu yang jadi takut tu.
Tengok anak-anak aku sekarang nak membesar, macam-macam yang aku fikir. Of course nak mereka berjaya, tapi takut tersalah mencorak. Lagipun budak-budak sekarang memang advanced berbanding aku dulu.. Zinnirah yang baru 3 tahun pun dah pandai guna laptop.. tu pun sebab aku ajarla. Sebab malas nak layan asyik panggil je bila dia tak tahu kan...
Anak-anak aku sekarang suka main gadget, anak orang pun aku tengok suka main gadget. Kecil che-no-net lagi dah bagi tengok youtube. Nampak sangat perubahan budak zaman dulu-dulu dengan zaman sekarang. Zaman mak pak aku dulu lagi la lain. 


Apa pulak perangai zaman cucu-cicit aku nanti.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...