ads

Pages

I love dessert

I love dessert

Archive

Thursday, October 9, 2014

Hikmah Dhuha


123tagged.Com

Hikmah Dhuha.. 

Sedikit pengisian dari pengalaman sendiri tentang hikmah dhuha
Salah satu cara dalam menjemput rezeki adalah solat dhuha dan rezeki juga bukan sahaja dari wang ringgit, malahan kesihatan, nikmat tenang, nikmat anak-anak yang soleh and solehah etc,

Apa yang saya nampak dari pengalaman sendiri adalah tentang nikmat kesihatan pada anak-anak saya. Lebih kurang dua bulan lepas Zinnirah and Muiz admitted sebab rotavirus. Dua-dua lembik sebab demam, cirit birit and muntah-muntah.




5 hari jugak la masuk hospital, dan 5 hari jugakla dok berkampung kat hospital. Walaupun macam best sebab orang masak kan, cukup time makanan sampai tapi disebabkan environment hospital adalah sangat membosankan, mak yang sihat ni pun dah macam nak sakit...hahah 

Jadi masa kat hospital sempatla berfikir, muhasabah kenapa deorang ni boleh sakit serantak plak tu, tetiba terfikir inilah dugaan Allah untuk aku sebab selama ni tak penah dalam sejarah anak-anak demam sampai masuk hospital kan. Bila fikir tentang diri sendiri baru teringat semenjak dua menjak ni solat dhuha agak celus, sedangkan sebelum ni sangat cuba untuk istiqamah. 

Dari situ tersedarla wahai si ibu ini yang die lupa Allah yang bagi kesihatan yang juga rezeki yang sangat besar untuk setiap hamba. Tapi bolehla si ibu ini buat-buat celus plak dalam amal ibadatnye. Tu la tak sedar diri, macam dunia ni ana yang punya kan.. berlagak..rasa  senang skit mula lupa. Jadi dari situ baru terasa yang rezeki kesihatan yang baik adalah juga rezeki yang amat beasr untuk hamba-hambanya.

So si ibu yang baru tersedar diri ni cubala untuk istiqamah semula dengan solat dhuha nya. Saya share pengalaman ni untuk peringatan saya dan untuk semua orang yang berpeluang baca entry ni sebab manusia mudah lupa. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...