ads

Pages

I love dessert

I love dessert

Archive

Monday, March 31, 2014

Jangan hanya #Pray4MH370


123tagged.Com

Ada ke siapa-siapa yang tak terkesan dengan peristiwa MH370?? Saya dengar dalam radio budak-budak pun follow progress pencarian MH370. 

Apa yang saya nilai dari peristiwa ini adalah:

1. Wujudnya golongan yang serius membincangkan isu ini. Mereka mengambil tahu setiap perkembangan pencarian, lokasi, jenis pesawat, malah ada yang mula mengambil tahu tentang route penerbangan dan kendalian enjin pesawat.

2. Orang yang ambil tahu tapi surface je. Tengok tajuk je, then dok risau pikir ape jadi dengan penumpang dan segala isi pesawat. 

3. Munculnya bomoh yang mampu menilik lokasi pesawat. Itu satu hal, tetiba wujud parodi yang meniru aksi yang tak masuk akal ni. Apa tujuan buat parodi tu? Kepuasan? Kelakar sangat ke? 

4. Ada jugak yang mempolitikuskan isu ini. Ini memang dalam kepala takde benda lain. Politik semata. 

5. Wujudnya banyak spekulasi yang mudah tersebar terutama diinternet tetapi yang menghairankan saya ada je yang percaya bulat-bulat. Baca tak salah tapi nilai dulu cerita tu. 

6. Saya suka juga baca komen-komen orang bila ada satu-satu topik/new speculation mesti akan ada wujud golongan yang komen tapi dah la tak bernas mempersendakan pulak tu. Kalau takde apa-apa nak cakap, diam saja lagi baik.

7. Tak kurang juga yang mempertikaikan usaha menyelamat. Ingat senang ke? 

Mungkin ada lagi golongan yang tak dapat saya nilai. Tapi setakat ini saya suka untuk menjadi golongan no 1, tapi belum sampai tahap dan study engine pesawat lagi...

Personally, dalam isu ini kita terutamanya umat Islam ambil la iktibar dan pengajaran untuk lebih improve diri dari segi ibadat, istiqomah, kepercayaan dan setakat mana kerbergantungan kita kepada Allah. Jangan hanya berdoa dengan hashtag #MH370, pray for MH370. Tapi dalam solat langsung takde diselitkan doa untuk MH370. Allah tak tengok hashtag kita tapi Allah nak dengar rayuan kita, doa kita. Bukan sahaja untuk MH370 malah untuk seluruh umat islam. 

Beli kopi pun tulis Pray for MH370

Saya bukan orang alim or ustazah ke saya cuma takut melihat keadaan umat Islam sekarang, jauh sangat dari landasan kehidupan sebenar. Hari-hari macam-macam teori/speculation baru keluar tentang MH370 tapi takde pun yang meyakinkan. Takde satu pun lagi objek yang dikesan mengaitkan MH370. Ramai percaya ia dirampas, tapi hanya Allah yang tahu apa, mengapa, dimana MH370. 

Yer betul, mungkin kita golongan marhaen ni disogokan dengan cerita yang hanya 5% je yang betul so apa-apa pun don't leave your du'a after praying. Doa kan juga untuk rakyat Palestine yang lagi teruk dirundung malang oleh rejim zionis. Doakan untuk semua umat islam semoga Agama Allah ini kuat dalam hati setiap umatNya. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...